[ad_1]
Belanjawan 2024 bakal dibentangkan petang ini bermula jam 4pm oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen. Kami akan membuat liputan dan menumpukan perhatian terhadap hal-hal berkaitan automotif dan pengangkutan yang terangkum di dalamnya.
Pembentangan tahun lalu menyaksikan beberapa perkara telah diberi perhatian oleh kerajaan. Sebagai contoh berkaitan lesen motosikal B2 percuma, lesen PSV untuk pemandu e-hailing, dan beberpaa hal lagi tentang infrastruktur pengangkutan awam dan jalan raya seluruh negara.
Dan jangkaan kali ini tentulah lebih menyeluruh: jika belanjawan tahun lalu merupakan lanjutan dan kesinambungan daripada pembentangan oleh kerajaan yang sebelumnya kerena PMX waktu itu baru saja mengambil alih tampuk pemerintahan negara, belanjawan tahun ini akan ditanggapi lebih kritis kerana merupakan yang “pertama” di bawah Kerajaan Madani, dan akan menunjukkan hala tujunya untuk Malaysia ke hadapan.
Seperti biasa, perkembangan berkaitan EV juga sentiasa menjadi tumpuan, dengan perkembangan yang banyak berlaku kebelakangan ini — antaranya berkaitan Tesla dan juga percambahan banyak jenama dan mannequin EV yang semakin banyak dalam pasaran tempatan — serta tumpuan berkaitan subsidi minyak antara yang menarik perhatian.
Teruskan bersama kami dalam artikel ini yang akan dikemaskini secara langsung dan dari semasa ke semasa untuk rujukan semua.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]